Kerjaya May Ayim

May berpindah ke Berlin pada 1984 dan mengajar di Free University of Berlin. Setelah itu beliau bersama rakan aktivis, Audre Lodre, menubuhkan Initiative Schwarze Deutsche (ISD) (1986).[3] Ia ditubuhkan untuk mendorong orang-orang Afro-Jerman untuk bersatu dalam sokongan timbal balik. Filem dokumentari Audre Lodre: The Berlin Years 1984-1992, menyingkap perjalanan hidupnya dan tempoh perkembangan Afro-Jerman dalam budaya.[2]

Opitz menulis tesis Afro-Jerman: Sejarah Budaya dan Sosial Mereka dalam Latar Belakang Perubahan Sosial, yang merupakan kajian saintifik pertama sejarah Afro-Jerman. Diterbitkan sebagai buku Farbe Bekennen: Afro-Deutsche Frauenauf den Spuren ihrenGeschichte (1986).[2] May juga membantu menyunting Entfernte Verbindungen: Rassismus, Antisemitismus, Klassenunterdruckkung (1993). Surat, wawancara, esei, dan ucapan dikumpulkan di Grenzenlos und Unverschämt yang diterbitkan pada 2002.[3]. May aktif sebagai pendidik dan penulis, turut serta dalam banyak persidangan dan menerbitkan koleksi puisi "Blues in Schwarz-weiss" (2003) di Amerika Syarikat.[2]

Beliau menghadiri persidangan Women in German (WIG) di Portland, Oregon, (1987), dimana beliau memberikan bacaan Farbe Bekennen. Pasca pameran buku Third Internatioan Feminist di Montreal, Kanada (1988), ia juga menampilkan karya-karya Farbe Bekennen, dan dipamerkan di sebuah panel bersama wanita-wanita kulit hitam Jerman lain, seperti Marion Kraft dan Helga Emde.[4]